Rabu, 26 Jun 2013

Endyana Rizqin Enterprise

Alamat Lokasi : No. 5, Bumi Hijau, Kg Banting, 45200 Sabak Bernam, Selangor, Malaysia.
No. Telefon    : 017-6281698/ 017-2309113.
E-mail            : simple_stylovvip@yahoo.com
                        

Latar Belakang Syarikat.

Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang sudi membaca blog ringkas saya ini.

Serba sedikit saya akan ceritakan latar belakang syarikat Endyana Rizqin Enterprise.

Perusahaan kerisek kelapa ini bermula pada tahun 1993 ketika saya berusia 9 tahun yang mana perusahaan ini sepenuhnya dilakukan oleh keluarga saya sendiri. Dahulu, dengan bermodalkan beberapa biji kelapa dengan pasaran hanya 1 kedai sahaja,  dengan kuantiti sebanyak 50 peket kecil, ternyata amat sukar untuk memulakan perusahaan kerisek ini. Amat sukar untuk keluarga mencari pasaran disebabkan tiada mana- mana pihak dari sektor kerajaan yang menghulurkan bantuan. Dalam perniagaan yang penting kite harus bersabar.

Namun hasil usaha keras yang dilakukan oleh keluarga, tidak terhenti di tengah jalan, yang mana pihak kerajaan dari Jabatan Pertanian telah memberi peluang kepada kami untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan memberikan bantuan dari segi sebuah bangunan bengkel, peralatan mesin dan keperluan lain.

Alhamdulillah permintaan kerisek kelapa kini berkembang dengan lebih 250 lokasi kedai, pemborong, pasaraya, mini market, perkhidmatan katering & lain- lain lagi.

Kini saya bersyukur pada allah.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan kerisek kelapa saya boleh lah menghubungi no telefon yang telah disediakan di atas..Harga boleh dirunding lagi...

Sekian dulu dari saya.

Isnin, 24 Jun 2013

Mesin Kerisek.

Mesin kerisek ini adalah sumbangan bantuan dari Jabatan Pertanian dengan nilai RM 16,000.00. Dengan ada mesin ni boleh memuatkan sehingga 200 biji masa dalam tempoh 1 jam dah masak. Alhamdulillah sekarang tekan buton je boleh tinggal tidur, kerisek dah masak. Kalau dulu 4 jam goreng gune tangan..Lenguh pun ada..hehehehe...


 Ini pula gambar kerisek dalam pek bundle 10 kg dan bengkel lama.. Bengkel yang baru belum sempat nak masuk kan lagi gambar. Akan datang saya masukkan gambar yang baru...

Harga semasa kerisek kelapa dari RM8.00- RM10.00 bergantung pada lokasi.
Untuk sebarang tempahan sila hubungi 017-6281698/ 017-2309113.

Ahad, 23 Jun 2013

Gambar Kerisek

Ini pula adalah pek dalam kuantiti 100gm, 500gm & 10 kg, bergantung pada permintaan pelanggan.
Kami menyediakan perkhidmatan membekal dan memproses kerisek kelapa asli di seluruh Malaysia.